
Ketua Penolong Pengarah maut kereta rempuh pokok
AYER MOLEK 6 Disember – Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka maut selepas kereta dipandu terbabas merempuh sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Paya Dalam di sini, petang semalam.
Mangsa, Md Razif Shahid, 54 bertugas di bahagian Sektor Pendidikan Islam jabatan itu yang memandu kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bukit Baru menghala ke Sungai Rambai untuk pulang ke rumahnya di Kampung Sebatu.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok.
“Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati lebuh berkenaan adalah jalan dua lorong satu hala dan keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan.
Katanya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
