Ketua Wanita PN Melaka mohon maaf langgar SOP

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 25 Mei – Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Melaka , Azalina Abdul Rahman memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung gambar tularnya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Menurutnya, beliau selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas siasatan dilakukan terhadapnya mengenai aktiviti ziarah Hari Raya Aidilfitri yang tidak dibenarkan pada perayaan itu.

Katanya, tindakannya memuat naik gambar sambutan itu diakuinya sebagai satu kesilapan kerana gagal peka terhadap SOP terbaharu yang dikeluarkan pada 10 Mei lalu, sebaliknya merujuk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdahulu pada 4 Mei yang membenarkan aktiviti ziarah pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang.

“Saya mohon maaf termasuk kepada netizen kerana bukan sengaja melanggar SOP, namun beberapa hari sebelum raya saya sibuk di lapangan turun padang menyampaikan bakul makanan kepada rakyat memerlukan sehingga terlepas SOP baharu itu.

“Salah tetap salah dan saya mohon maaf serta mengakuinya dan berharap ia tidak akan berlaku serta berulang lagi,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis negeri Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah  berkata, polis membuka kertas siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jelasnya, semua individu yang terbabit termasuk pemimpin wanita parti politik dalam gambar yang ditularkan turut dipanggil untuk siasatan lanjut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post Insiden tren LRT: Punca kecuaian pemandu- Wee Ka Siong
Next post Dicekup ketika jual dadah atas jirat
Ubah saiz-+=