
Khaled Nordin sahkan tidak bertanding PRN Johor
JOHOR BAHRU, 24 Jan – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengesahan tersebut sekali gus menepis desas-desus bahawa bekas Menteri Besar Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu membuat kemunculan semula pada PRN kali ini.
“Saya sahkan saya tidak mahu bertanding,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada hasrat beliau itu adalah bagi memberi laluan kepada calon muda, Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang itu berkata perkara tersebut belum diputuskan lagi.
“Soal siapa calon itu parti akan putuskan nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, khabar angin tersebar bahawa beliau akan membuat kemunculan semula selepas memuat naik gambar bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ketika menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di sini pada 14 Jan lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohamed Khaled kalah di kerusi DUN Permas kepada Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (Bersatu) dengan majoriti 8,746 undi dan ditewaskan Hassan Abdul Karim dari PKR untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti undi 24,726.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEMAJUAN TANAH GTP FASA 1 CAPAI 40 PERATUS
BEMBAN 6 Februari – Pembangunan German Technology Park (GTP) Fasa 1 kini telah mencapai kemajuan 40 peratus, sekali gus mencerminkan...
GTP: CERMINAN KOMITMEN MELAKA SEBAGAI HAB INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI
BEMBAN 6 Februari - Galeri Jualan German Technology Park (GTP) disifatkan sebagai cerminan kepada komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan persekitaran...
MELAKA ANJUR PAMERAN MANUSKRIP SEJARAH DARI PELBAGAI NEGARA
DUYONG 6 Februari - Melaka akan menganjurkan pameran yang menonjolkan sumber sejarah asal Kesultanan Melayu Melaka yang diperoleh dari pelbagai...
BIMBINGAN KEWANGAN BUKA PELUANG UNTUK USAHAWAN MELAKA BERKEMBANG
KESIDANG 6 Februari – Pembiayaan dan pengurusan kewangan diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan memperkukuh ekosistem keusahawanan Melaka....
AB RAUF KONGSI INISIATIF BERMANFAAT BERSAMA SAARANI
SERI NEGERI 6 Februari – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, mengadakan Kunjung Hormat terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk...
MELAKA KOMITED TERUS PERKASA GOLONGAN OKU
BANDARAYA MELAKA 6 Februari - Kerajaan Melaka menggalakkan lebih banyak program yang memberikan manfaat dan memfokuskan kepada aspek pemulihan serta...
