KIBGIM rai 150 anak yatim sempena hari Asyura

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BUKIT BARU 8 Ogos – Jelas terpancar wajah kegembiraan dan perasaan teruja dalam kalangan 150 anak yatim yang diraikan Kelab Ibu Bapa dan Guru Islam Melaka (KIBGIM), sempena hari Asyura.

Mereka yang terpilih untuk diraikan pada Majlis KIBGIM Menyantuni Anak Yatim Sempena 10 Muharam, menerima sumbangan wang tunai, menikmati juadah enak dan mendengar tazkirah disampaikan Pencetus Umah (PU) Rahmat.

Naib Yang Dipertua KIBGIM Datuk Dr Norliah Kudus berkata, program menyantuni anak yatim itu julung kali dianjurkan dan dijayakan hasil sumbangan diterima daripada pelbagai pihak.

Katanya, peserta membabitkan mereka tinggal di rumah anak yatim, murid maahad tahfiz dan sekolah rendah berusia bawah 12 tahun termasuk 10 bayi.

NAIB Yang Dipertua KIBGIM Datuk Norliah Kudus (jubah hitam) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada Majlis KIBGIM Menyantuni Anak Yatim Sempena 10 Muharam.

“Sasaran utama kita adalah anak-anak bawah 12 tahun, golongan ini amat memerlukan sumbangan dan perhatian kerana perjalanan mereka masih jauh.

“Selain itu kita mahu anak-anak ini merasakàn mereka adalah ‘somebody’ yang mana ada kita bersama-sama dengan mereka.

“Secara tidak langsung dapat menyuntik semangat dalam kalangan mereka ini untuk terus maju dalam hidup,” katanya ketika ditemui pada Majlis KIBGIM Menyantuni Anak Yatim Sempena 10 Muharam, semalam.

Menurutnya, penganjuran julung kali itu bukan satu permulaan yang ada penamatnya tetapi akan menjadi program khas yang akan dibudayakan pada masa akan datang.

“Walaupun pertama kali diadakan, alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan. Kita bukan hanya mahu sampaikan sumbangan malah mengusap kepala anak yatim itu sendiri sempena 10 Muharam.

“Selain sumbangan, anak-anak ini turut dibekalkan dengan beg makanan dan hidangan ayam goreng KFC. Mungkin sesetengah kita lihat ia biasa tetapi bagi mereka ini, sesuatu yang amat bermakna,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1658
Kongsi :
Previous post Abdul Razak tidak ‘cakap kosong’
Next post Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima – PM
Ubah saiz-+=