
KKM akan sedia SOP khusus jika PRN Melaka diadakan
KUALA LUMPUR 7 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyediakan segala prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan nanti, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, setakat ini, KKM sudah membentangkan pendirian berhubung PRN tersebut pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVID-19 semalam.
Bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok memandangkan ia bukan sahaja melibatkan soal kesihatan, tetapi juga perundangan dan perlembagaan.
“Kita akan mengambil maklum apa jua keputusan jemaah menteri dan KKM akan menyediakan apa jua SOP yang diperlukan sekiranya ia (PRN Melaka) berterusan.
“Kalau PRN itu tidak berterusan, maknanya, kita masih ada lagi masa untuk menunggu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Menteri Kesihatan, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
OPS HRA 2026 : LEBIH 2,000 KESALAHAN DIRAKAM MELALUI DRON – JPJ
KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari...
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI
MELAKA 20 Mac - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh...
PENJAWAT AWAM RUGI RM160,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 20 Mac - Seorang penjawat awam kerugian lebih RM160,000 akibat terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud setelah berkenalan dengan seorang wanita...
RM5 JUTA UNTUK PASANG LAMPU JALAN SOLAR, TUMPU KAWASAN GELAP SEKITAR MELAKA
AYER LIMAU 20 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan lampu jalan jenis solar di kawasan-kawasan gelap di...
