
Kluster Teknologi Kesidang tamat
AYER KEROH 22 Feb. – Kluster Teknologi Kesidang diisytiharkan tamat pada hari ini sekali gus menjadikan hanya 22 kluster yang masih aktif di negeri ini.
Berdasarkan catatan dan infor grafik status terkini COVID-19 di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, kes baharu jangkitan COVID-19 menunjukkan penurunan ketara hari ini iaitu 14 kes berbanding 65 kes semalam.
Daripada jumlah itu, 13 kes jangkitan tempatan dan satu kes banduan Orang Kena Tahan (OKT) atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Keseluruhannya sebanyak 758 kes masih dirawat dengan lapan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga kes menggunakan bantuan alat pernafasan.
Selain itu, sebanyak 20 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 19 kes tempatan dan satu kes import, menjadikan keseluruhan jumlah kes sembuh di Melaka sebanyak 5,089 kes.
Kes kematian akibat COVID-19 pula kekal 18 orang setakat ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
