660,000 penduduk Melaka bakal terima vaksin COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 22 Feb. – Negeri Melaka bakal melaksanakan program pemberian vaksin COVID-19 kepada 660,000 rakyat Melaka bagi membendung penularan wabak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pemberian imunisasi itu ditawarkan secara sukarela sepanjang tempoh pandemik dan ia percuma.

“Bagi Fasa 1 ia diagihkan kepada 11,000 petugas barisan hadapan (2 Mac sehingga 30 April depan), manakala Fasa 2 bagi pesakit kronik dan warga emas dengan sebanyak 250,000 populasi bermula Mei hingga Ogos 2021.

“Manakala Fasa 3 yang berumur 18 tahun ke atas dengan 400,000 populasi bermula September hingga Februari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebanyak 16 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dikenalpasti di negeri ini bagi Fasa 1 iaitu di tiga hospital dan 13 klinik kesihatan.

“Program pemberian vaksin COVID-19 bagi Fasa 1 di Negeri Melaka bermula pada 25 Februari ini melibatkan semua ‘vaccinator’ Negeri Melaka.

“Manakala, suntikan vaksin COVID-19 bagi petugas harapan bermula 2 Mac depan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan program pemberian imunisasi Negeri Melaka boleh hubungi Bilik Gerakan Vaksin COVID-19 Negeri Melaka di talian 06-2356876 atau emel ke [email protected].

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

356
Kongsi :
Previous post 355 kotak rokok, 90 botol minuman keras tanpa cukai dirampas
Next post Kluster Teknologi Kesidang tamat
Ubah saiz-+=