KM ketua delegasi, berlepas ke Dumai

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KOTA LAKSAMANA 8 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengetuai delegasi Melaka menaiki feri ke Misi Galakan Pelancongan Negeri Melaka ke Dumai dan Pekanbaru, Indonesia, hari ini.

Kira-kira 200 delegasi terdiri daripada pemain industri pelancongan dan kenamaan turut serta dalam misi pelancongan tersebut.

Antara kenamaan yang turut serta dalam misi lima hari empat malam itu adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum dan EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Hadir sama, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, EXCO Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh serta kenamaan lain.

Terdahulu Sulaiman bersama delegasi menaiki Feri Indomal dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada jam 10 pagi.

Perjalanan menuju ke Terminal Dumai akan mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit dan dijangka tiba pada jam 12.30 tengahari waktu Malaysia.

Dalam misi pelancongan itu juga diadakan Festival Semarak Pelancongan Melaka di SKA Mall Pekanbaru selama tiga hari berturut-turut .

Pada festival itu nanti, Sulaiman turut melancarkan kempen ‘Melaka For Asean’ seterusnya merasmikan festival tersebut.

Pelbagai tawaran, jualan dan aktiviti kebudayaan negeri turut diadakan di setiap gerai pempamer dan pelbagai pameran pelancongan negeri dipamerkan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

Turut difahamkan Sulaiman bersama konsulat Malaysia di Pekanbaru dan 20 delegasi Melaka akan membuat kunjungan hormat dan makan malam bersama Gubernur Provinsi Riau Dr. H Syamsuar serta Walikota Pekanbaru Muflihun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

812
Kongsi :
Previous post Segera bantu mangsa kebakaran
Next post Kes daftar lewat kelahiran, Mykad hilang meningkat di Melaka
Ubah saiz-+=