
Komandan PULPAK Melaka terima kunjungan MHI
SUNGAI UDANG 22 Mac – Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Melaka, Kol Zulkinine Yunus menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tetinggi Melaka Hari Ini (MHI) di PULPAK Kem Sungai Udang, hari ini.
Kunjungan itu diketuai Ketua Pegawai Operasi (COO) MHI, Anuar Shaari yang berlangsung selama kira-kira satu jam.
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk perancangan program serta kerjasama antara MHI dan PULPAK yang boleh dijalinkan dalam memberi maklumat kepada orang ramai dengan tidak menimbulkan isu yang sensitif.

Dalam pertemuan itu, Zulkinine turut berbincang bersama Anuar supaya mewujudkan kerjasama yang akan memberi impak dan kesan kepada kedua-dua belah pihak.
Malah, beliau turut berbesar hati untuk menyalurkan berita-berita atau bahan untuk MHI menerbitkan berita mengikut maklumat yang betul dan tepat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SWM ENVIROMENT TERUS PERKASA AMALAN KITARECYCLE
AYER KEROH 15 Oktober - Sebuah lagi Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (PPLK) dibangunkan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment)...
FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA KEMBALI
AYER KEROH 15 Oktober - Pertumbuhan industri halal negara terus dipacu menerusi penganjuran Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF'25) yang...
OP BERSEPADU: MPJ KELUAR TIGA NOTIS KESALAHAN
JASIN 15 Oktober - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi memeriksa...
13 INDIVIDU TERMASUK SEORANG WANITA DITAHAN DISYAKI CURI KABEL TELEKOMUNIKASI DI MELAKA
JASIN 15 Oktober – Polis Melaka menumpaskan sindiket mencuri kabel telekomunikasi bernilai RM60,000 hasil tangkapan 13 individu termasuk seorang wanita...
WRUR: KASIH KANAK-KANAK 2025 DIDIK MURID TENTANG HAK DAN KESELAMATAN DIRI
KLEBANG 15 Oktober - Kerajaan Negeri komited melahirkan masyarakat cakna terhadap isu kebajikan kanak-kanak menerusi Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih...
WRUR: DEEPAVALI DISAMBUT DENGAN SENYUMAN
KLEBANG 15 Oktober – Keprihatinan Kerajaan Negeri menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna buat tiga penerima bakal meraikan perayaan itu tidak...