
Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor -Subahan
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada bekas pasukannya itu.
Subahan berkata sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.
“Semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan baginda yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.
“Sekali lagi, di atas budi baginda kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau memberi maklum balas berhubung ciapan Twitter Tunku Ismail semalam (21 Mac) mengenai bantuan kewangan kepada lima pasukan Liga Malaysia (Liga-M) termasuk Selangor.
Subahan yang kini Presiden Petaling Jaya City FC berkata Tunku Ismail mempunyai semangat tinggi terhadap bola sepak Malaysia dan sentiasa menunjukkan daya kepimpinan tinggi, proaktif serta sentiasa mahu melihat kemajuan pasukan-pasukan bola sepak di negara ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
