Kompleks Rawatan Ibu dan Anak bakal dibina

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 25 Julai – Pembinaan Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pembinaan kemudahan itu mampu mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital Melaka ketika ini.

Dr Muhamad Akmal, perkara itu kini di bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan pembinaan dijangka bermula pada 2025.

“KRIBA dijangkakan akan bermula operasi pada 2030 namun kita cuba meminta kepada kerajaan pusat untuk awalkan lagi proses pembinaannya.

“KRIBA yang disiapkan akan menempatkan sebanyak 476 katil buat wanita dan kanak-kanak sekali gus mampu mengurangkan kesesakan kebergantungan kemasukan pesakit di Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan diajukan Senator Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15, di Seri Negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal ketika ditemui pemberita pada sidang media diadakan mennjelaskan, projek pembinaan kompleks itu akan dibina di Kolej Kejururawatan Melaka yang kini sedang di dalam proses kelulusan bajet dari kerajaan pusat.

Menurutnya, cadangan awal bagi membina KRIBA telah menelan kos sebanyakv RM1.1 billion telah dikecilkan kepada kira-kira RM800 juta bagi membina sebuah bangunan baharu di lokasi yang disediakan.

“Ia akan dibangunkan di tapak kolej itu dan mungkin ia akan dilupus dan dibinakan tapak baharu kerana ia turut melibatkan pengambilan parkir berbumbung di kawasan belakang tapak terbabit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1352
Kongsi :
Previous post Penerima zakat dinilai sebaiknya
Next post SAMB kenakan caj sumbangan RM300
Ubah saiz-+=