
Komuniti taman perlu bantu kawasan selamat didiami
DURIAN TUNGGAL 20 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Komuniti Taman Angkasa Nuri Ke-2 serta pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi tahun 2022-2024.
Beliau berharap dengan pelantikan baharu itu Taman Angkasa Nuri mampu menjadi kawasan perumahan yang lebih sejahtera serta selamat untuk didiami.
“Tahniah dan syabas kepada seluruh para penduduk yang hadir bersama dan saya mengucapkan selamat bertugas kepada jawatankuasa yang telah dipilih pada kali ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya Sabtu lalu.
Hadir sama Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Tan Chee Seng dan Penyelaras Pemuda Barisan Nasional DUN Durian Tunggal, Amirul Basiron.
Sejurus selesai mesyuarat itu Zahari kemudiannya menerima senarai borang ahli bagi permohonan penubuhan cawangan UMNO bagi Taman Angkasa Nuri oleh Ramli Hassan dan Erwan Idris.
“Permohonan ini akan disemak dan diproses di peringkat bahagian dan pusat, jika tiada masalah berbangkit…satu mesyuarat penaja akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
