
Tak jumpa jalan balik sewaktu senja
AYER KEROH 20 Jun – Seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti mendaki bukit di Hutan Rekreasi Bukit Beruang berdepan detik cemas apabila tersesat, lewat petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.24 malam itu, mangsa berusia 27 tahun terpaksa menghubungi pihak bomba apabila tidak menjumpai jalan pulang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi bagi misi mencari dan menyelamat.
Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum menemui mangsa yang keseorangan.
“Menurut keterangan mangsa di tempat kejadian, dia mula mendaki hutan rekreasi tersebut pada jam 6 petang.
“Mangsa terus menghubungi bomba apabila menyedari dirinya telah tersesat ketika keadaan sekeliling sudah gelap.
“Mangsa telah ditemui selamat dan tiada kecederaan,” katanya.
Menurutnya, selepas memastikan keadaan selamat, mangsa kemudiannya dibawa turun oleh pasukan bomba dan operasi itu tamat pada jam 8.38 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAADON, KHADIJAH MENITI USIA EMAS DI SYURGA IDAMAN
TELOK MAS 7 Ogos - Hasrat pasangan warga emas ini untuk melalui hari tua di kediaman lebih selesa dipermudahakan apabila...
INANG-INANG TIGA GENERASI TERUS MEKAR DI KAMPUNG KANDANG
AYER MOLEK 7 Ogos – Melihat ibunya semakin uzur dan tidak lagi mampu meneruskan perusahaan inang-inang yang diusahakan sejak turun-temurun,...
HLN 2026: MPHTJ OLAH SISA CANTASAN POKOK JADI HIASAN
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Daripada sisa cantasan pokok dan kayu yang ditebang, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) membuktikan...
HLN 2026: RUMAH TRADISIONAL, LANDSKAP KAMPUNG JADI KEUNIKAN PAVILION MPJ
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Suasana rumah tradisional Melaka yang sarat dengan elemen nostalgia dan kehidupan kampung diketengahkan Majlis Perbandaran...
TUN DR. MOHD ALI BERSAMA 3,000 TETAMU HAYATI PENGISIAN FORUM PERDANA HLN 2026
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menghadiri Forum Perdana Hal...
‘YOUNG HEROES’ MELAKA CIPTA GELOMBANG BAHARU BATIK
TABOH NANING 6 Ogos - Idea kreatif kumpulan anak muda, BTQ Nation dalam memartabatkan semula fesyen batik menerusi gerakan dinamakan...
