Kontraktor rugi hampir RM150,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

ALOR GAJAH 31 Disember – Seorang kontraktor kerugian hampir RM150,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan bitcoin dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata mqngsa yang berusia lingkungan usia 30an melihat tawaran skim pelaburan itu menerusi laman Facebook pada 26 Disember lalu.

Katanya, menerusi maklumat dalam laman media sosial itu, mangsa berhubung dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp.

“Mangsa diterangkan berkenaan pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan lumayan iaitu pakej basic bermodalkan RM300 mendapat pulangan antara RM8000 sehingga RM12,000 dalam masa tiga jam.

“Skim tersebut turut menawarkan pakej premium modal RM1,000 yang mendapat pulangan antara RM18,000 sehingga RM25,000 dalam tempoh enam jam dan pakej gold iaitu modal RM1,800 dengan pulangan antara RM30,000 sehingga RM50,000 mengikut kenaikan harga bitcoin semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Arshad Abu2
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah membuat 12 kali transaksi menggunakan wang simpanan ke dalam sembilan akaun bank berbeza diberikan suspek.

“Dua belas transaksi itu yang keseluruhannya berjumlah RM146, 313.60 dilakukan antara 27 Disember hingga 29 Disember lalu ketika mangsa berada di rumahnya di Alor Gajah.

“Bagaimanapun, sejak transaksi dibuat dia tidak menerima pulangan keutungan sebagaimana dijanjikan.

“Berasa tertipu dengan tawaran itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Rumbia semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Arshad menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran mana-mana skim pelaburan secara dalam talian.

Katanya, orang ramai juga diminta untuk menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

836
Kongsi :
Previous post Melaka sedia bantu keperluan peserta Ijtimak Dakwah
Next post Kilang pembuatan botol plastik, minyak wangi terbakar 70 peratus
Ubah saiz-+=