Melaka sedia bantu keperluan peserta Ijtimak Dakwah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DURIAN TUNGGAL 31 Disember – Kerajaan Negeri sedia membantu sebarang keperluan peserta yang menghadiri Ijtimak Dakwah Zon Selatan di Yayasan Dakwah Tabligh, Jalan Sempang Gading di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ijtimak yang diadakan sejak tiga hari lalu dan berakhir hari ini dihadiri kira-kira 11,000 peserta daripada dalam dan luar negara.

“Saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah Taala kerana ijtimak tabligh Zon Selatan ini diadakan di Melaka pada kali ini.

“Apa yang mungkin boleh dibantu oleh Kerajaan Negeri, insya-Allah kita akan beri sokongan terbaik kepada jemaah tabligh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Umat Islam (Ijtimak) Zon Selatan di yayasan dakwan berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Mufti Melaka,Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem dan lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata gerakan tabligh merupakan antara medium terbaik menyebarkan agama Islam kerana mereka bukan sahaja menjalankan misi dakwah di dalam negara, malah turut ke luar negara juga.

“Jemaah tabligh sanggup berkorban wang ringgit, masa dan meninggalkan keluarga untuk jalan dakwah untuk mengembangkan syiar Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1500
Kongsi :
Previous post Lelaki terlibat samun, ada 16 rekod jenayah maut berbalas tembakan dengan polis
Next post Kontraktor rugi hampir RM150,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Ubah saiz-+=