Konvensyen Hala Tuju Pembangunan Negeri Melaka realisasi hasrat PSMJ 2035

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

KUALA LUMPUR 16 Februari – Kira-kira 500 ketua jabatan dan wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan menghadiri Konvensyen Hala Tuju Pembangunan Negeri Melaka yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Konvensyen yang diadakan sebagai realisasi utama dalam rangka Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco Kerajaan Negeri bagi membincangkan hala tuju pembangunan negeri khususnya membabitkan pembangunan ekonomi dan pengangkutan di Melaka.

Sesi persidangan membuka tirainya bermula jam 9 pagi tadi bertajuk dengan forum bertajuk Perspektif Ekonomi Melaka yang membincangkan tiga komponen utama iaitu Prospek Ekonomi Melaka, Ekonomi Melaka dan Ekonomi Digital.

Sesi forum itu menampilkan tiga ahli panelnya membabitkan Pengarah Bahagian Ekonomi Makro Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Suhana Md Saleh, Pengarah Bahagian Produktiviti dan Daya Saing Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Zaffrulla Husien dan Naib Presiden Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Ir. Dr. Karl NG.

Manakala, moderatornya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) Melaka, Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee.

WhatsApp Image 2023-02-16 at 11.26.59 AM
SESI soal jawab turut dilontarkan oleh Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam konvensyen itu.

Pada sesi forum kedua bermula jam 11 pagi turut membincangkan mengenai Keberkesanan Sistem Pengangkutan dengan moderatornya terdiri daripada Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT).

Antara topik yang dibincangkan dalam forum berkenaan adalah Penyuraian Kesesakan Lalu Lintas dan pengangkutan pintar kepada komuniti oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia; Smart Mobiliti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aksesibiliti Pengangkutan Awam dan Mikro Mobiliti oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Pengangkutan Pintar oleh Panorama Melaka.

Terdahulu, konvensyen yang diadakan selama tiga hari itu menyaksikan penganjuran tiga program utama bermula semalam selepas sesi Pelancaran Pembukaan PM (Protected Cell Company) PCC Ltd yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Konvesyen itu dijangka diakhiri dengan Pembentangan Fokus Mengikut Portfolio Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 berteraskan lapan ‘flagship’ utama pada pagi esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1485
Kongsi :
Previous post Saifuddin minta Ketua Polis Negara timbang cadangan adakan semula sidang media berkala
Next post Ahmad Zahid pantau pemberian wang ihsan sampai kepada mangsa banjir
Ubah saiz-+=