Konvoi Kembara NGO Seni Budaya promosi seni, budaya tempatan

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

KRUBONG 22 Disember – Konvoi Kembara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Seni Budaya 2022 yang membawa 30 motosikal berkuasa tinggi (500cc) menjelajah lima negeri sejauh 600 kilometer menyemarakkan dan mempromosikan seni budaya kepada masyarakat tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusop berkata penganjuran aktiviti melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu menjadikan penglibatan peserta sebagai duta kecil jabatan itu dalam memperluaskan seni dan budaya yang ada.

“Tahun terakhir kita buat konvoi ini pada 2015, ini dikira permulaan semula setelah beberapa tahun tidak diadakan program inj.

“Tujuan kita untuk membawa rider (penunggang motosikal) dalam kalangan orang berada supaya dekat dengan seni budaya tempatan kita.

“Secara tidak langsung mereka menjadi sebahagian daripada duta kecil kita untuk promosi seni dan budaya di setiap negeri yang mereka singgahi,” katanya.

photo_2022-12-22_18-11-39
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusof (motosikal biru) turut serta sempena Konvoi Kembara NGO Seni Budaya 2022 di Masjid Cina Negeri Melaka, Krubong. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Konvoi Kembara NGO Seni Budaya 2022 di Masjid Cina Krubong di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Projek kembara, Mohd Zuhairi Ibrahim dan Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Elias.

Mesran berkata konvoi berkenaan merentasi lima negeri bermula di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan berakhir di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Jelasnya, konvoi itu melibatkan kira-kira 70 peserta yang merentasi lima negeri sejauh 600 kilometer.

“Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang konvoi ini dijalankan seperti gotong-royong, memasak bersama masyarakat, memberi sumbangan kepada anak yatim dan banyak lagi aktiviti komuniti.

“Setiap negeri yang kita singgah, mereka akan mempromosikan seni dan budaya yang ada di negeri mereka sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6295
Kongsi :
Previous post Tragedi Batang Kali: Tiga mayat bersama abu tiba di Machap Baru
Next post Semua PPS yang ditempatkan mangsa banjir digazet secara autmatik – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=