KPDNHEP keluarkan 246 NPBM, 124 notis berkaitan kenaikan harga

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 30 Nov – Sebanyak 246 Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka dalam pelbagai operasi berasingan bermula awal tahun hingga semalam.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, pihaknya menjalankan pelbagai operasi melibatkan bahan mentah termasuk ayam, telur dan sayur.

“Dalam pelbagai operasi berkenaan, KPDNHEP mengeluarkan sebanyak 246 Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dan 124 notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga barangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Norena berkata, sehingga semalam, pihaknya menerima116 aduan berkaitan perihal harga barang termasuk berkaitan penandaan harga, harga mengelirukan dan kenaikan harga.

Jelasnya, KPDNHEP Negeri Melaka melalui Seksyen Penguatkuasa melaksanakan pemeriksaan setiap hari bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan dan bekalan makanan di pasaran sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan setiap pengguna di negeri ini.

“Sejak 1 Januari 2020 hingga 29 November 2021, sebanyak 30,669 premis perniagaan telah diperiksa meliputi semua lapisan perniagaan iaitu peruncit, pemborong dan pengilang atau peladang.

“Selain itu, KPDNHEP Negeri Melaka telah menerima sebanyak 587 aduan rasmi, yang mana secara amnya berkaitan perihal harga.

Tambahnya,peningkatan harga terbabit meningkat mendadak selepas sektor ekonomi dibuka secara menyeluruh Oktober lalu.

Katanya, kenaikan harga pada barangan keperluan meningkat mendadak khususnya ayam, telur dan sayur-sayuran.

“Perkara ini telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat khasnya penduduk di Negeri Melaka, tambahan pula faktor cuaca yang tidak menentu mengehadkan pengeluaran barangan basah khususnya sayuran menyebabkan harga bagi barangan tersebut juga meningkat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

752
Kongsi :
Previous post KPDNHEP Melaka rampas barangan bernilai RM108, 753
Next post Jangkitan JE di Kedah tidak membimbangkan – Exco
Ubah saiz-+=