KPDNHEP Melaka rampas barangan bernilai RM108, 753

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 30 Nov- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM108,000 bermula awal tahun sehingga 29 Nov lalu.

Pengarahnya, Norena Jaafar, rampasan itu membabitkan kesalahan di bawah akta undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.

Katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, bagi tempoh yang sama, sebanyak RM276,950.00 kompaun dan RM203,300.00 denda telah dikeluarkan meliputi semua kesalahan yang telah diambil tindakan.

“Sehingga semalam, sebanyak 275 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM108,753.39 yang terdiri daripada semua akta undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.

“Nilai rampasan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah paling tinggi dengan nilai RM67,500.15 manakala rampasan di bawah Akta Cap Dagang 2019 bernilai RM25,588.50.

“Manakala nilai kompaun yang dikeluarkan KPDNHEP sebanyak RM167,000 adalah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta penghasilan kes tertinggi adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dengan jumlah 140 kes bagi tempoh 1 Januari sehingga 29 Nov tahun ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Norena berkata sebanyak 30,669 premis perniagaan telah diperiksa meliputi semua lapisan perniagaan iaitu peruncit, pemborong dan pengilang atau peladang untuk tempoh 11 bulan itu.

Katanya, KPDNHEP Negeri Melaka telah menerima sebanyak 587 aduan rasmi, yang mana secara amnya berkaitan perihal harga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

792
Kongsi :
Previous post Polis rampas dadah bernilai RM43,000 dalam tempoh seminggu
Next post KPDNHEP keluarkan 246 NPBM, 124 notis berkaitan kenaikan harga
Ubah saiz-+=