Sorting by

×

Kursus lahir usahawan ‘celik’ digital

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

LENDU 1 Ogos – Penganjuran Kursus Asas Usahawan Digital dilihat sebagai permulaan baik dalam melahirkan usahawan celik digital terutamanya di luar bandar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid menyifatkan kursus seumpama itu dilihat mampu beri manfaat buat peserta yang terlibat, selain meningkatkan potensi usahawan digital di negeri ini.

“Golongan usahawan hari ini adalah wajib untuk ceburi diri dalam medium digital kerana seluruh dunia kini menjadikan digital sebagai hab utama perniagaan dari segi pemasaran, pembayaran serta pelbagai lagi.

“Kerajaan Melaka amat titik beratkan tentang hal ini dan pada pembentangan Bajet 2022, kerajaan negeri ambil inisiatif laksana Platform e-Dagang Melaka Easy Shop membantu mempromosi dan membuka peluang pasaran yang luas kepada usahawan-usahawan dengan mengadaptasi model perniagaan Shopee, Lazada, Food Panda dan Grab Food,” katanya.

Abdul Hakim berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pada majlis perasmian penutup Kursus Asas Usahawan Digital anjuran
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Terubuk di sini, baru-baru ini.

Penganjuran kursus tersebut menyaksikan seramai 40 peserta terlibat dan pendaftaran adalah percuma.

SALAH seorang peserta (duduk) ketika dibantu oleh salah seorang tenaga pengajar yang terlibat dalam program kursus ini.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Seri Terubuk, Mohd Khairul Musa berkata, pihaknya berbesar hati menganjurkan kursus tersebut dan ianya adalah untuk kepentingan semua golongan masyarakat setempat serta kawasan Masjid Tanah amnya.

“Sudah menjadi tanggungjawab kami (JPKK Kampung Seri Terubuk) untuk berbakti kepada masyarakat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan usahawan digital ini.

“Umum mengetahui, perniagaan digital amat penting pada hari ini, justeru dengan adanya kursus ini, peserta terlibat akan mendapat ‘input’ penggunaan ‘platform’ yang betul dalam menjalankan perniagaan ‘online’ tanpa mengeluarkan sebarang modal,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga turut menjemput pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional bagi menyampaikan taklimat mengenai jenis pinjaman yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8446
Kongsi :
Previous post BARA Melaka jadi platform pupuk semangat Keluarga Malaysia
Next post Dewan Rakyat lulus dua Rang Undang-Undang berkaitan pertanian, tentera
Ubah saiz-+=