
Lagenda bola sepak negara Syed Ahmad Syed Abu Bakar meninggal dunia
KANGAR, 1 Jun – Pemergian legenda bola sepak negara era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menghembuskan nafas terakhir tengah hari ini akibat serangan jantung menjadi berita duka buat arena sukan negara.
Anak kepada penyerang berbisa negara itu, Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 40, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar di sini selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
“Allahyarham berusia 76 tahun dimasukkan ke wad hospital berkenaan dua hari lepas dan kesihatannya sudah merosot sejak sebulan lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Syed Abu Bakar berkata jenazah bapanya dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau hari ini.
Syed Ahmad meninggalkan seorang balu, Samihah Ghazali, 75, bersama lima cahaya mata.
Sepanjang bergelar penyerang pasukan kebangsaan, Syed Ahmad pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971, sekali gus menyaksikan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ RAIH PENGIKTIRAFAN ATAS KEPIMPINAN CEMERLANG
JASIN 10 November – Usaha berterusan memacu pentadbiran cekap dan pembangunan Bandar Pintar serta Lestari melayakkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran...
RAIH ANUGERAH PBT, MBMB SETANDING BANDARAYA MAJU – SHADAN
AYER KEROH 9 November – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih Naib Johan Anugerah Kepimpinan...
43,791 PESAKIT DIABETES MELAKA MASIH AKTIF TERIMA RAWATAN
BANDA HILIR 9 November – Melaka merekodkan 123,468 pesakit diabetes bagi tempoh 2015 hingga November 2025, sekali gus menunjukkan peningkatan...
PIALA TUN ALI ANGKAT MARTABAT SEPAK TAKRAW MELAKA
DUYONG 9 November - Persatuan Sepaktakraw Negeri Melaka akan mengadakan sesi post-mortem bersama jawatankuasa pelaksana bagi menilai pencapaian pasukan negeri...
PASUKAN SEPAK TAKRAW MELAKA MENANG BERGAYA JULANG PIALA TUN ALI 2025 – EXCO
DUYONG 9 November - Pencapaian Melaka muncul juara Kategori Regu Lelaki Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2025 Edisi Ke-4 menjulang...
DATUK SAPIAH TERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN PBT TERBAIK PERBANDARAN
AYER KEROH 9 November - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Sapiah Haron menerima Anugerah Kepimpinan Pihak...

