
20,000 PENGUNJUNG SERBU BAZAR IKONIK BANDA HILIR
Banda Hilir 19 Februari – Bazar Ikonik Banda Hilir mencatat kehadiran 20,000 pengunjung sepanjang tujuh hari pembukaannya sempena cuti panjang yang menggabungkan cuti Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, jumlah pengunjung dijangka terus meningkat terutama pada hujung minggu berikutan kawasan itu menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar.
Menurutnya, sambutan tahun ini lebih positif berbanding tahun lalu dengan peningkatan kehadiran pengunjung serta hasil jualan peniaga.
“Orang ramai sudah mula tahu kawasan ini sebagai lokasi Bazar Ikonik, selain faktor ekonomi yang lebih baik turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan ‘Walkabout’ di bazar berkenaan, di sini, semalam.
Shadan turut memaklumkan penganjuran bazar itu berkemungkinan besar akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang di lokasi sama.
“Justeru, peniaga dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan meletakkan harga yang berpatutan memandangkan Banda Hilir merupakan kawasan tumpuan pelancong,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANGKAT KOPERASI KE ARUS PERDANA, BUKAN LAGI EKONOMI KELAS KEDUA
BANDA HILIR 8 Oktober - Dengan keanggotaan melebihi 177,000 orang, gerakan koperasi di Melaka terus diperkasa sebagai antara pemacu ekonomi...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP ESOK
AYER KEROH 8 Oktober - Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok (9 Oktober) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran...
MeSRA: MELAKA BINA EKOSISTEM EKONOMI, CIPTA PELUANG UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 8 Oktober - Melaka memperkukuh ekosistem ekonominya dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan, sebaliknya memperkemas pengurusan...
KPDN MELAKA TUMPAS 12 KES SELEWENG MINYAK MASAK SUBSIDI
PAYA RUMPUT 8 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan 18 kes berkaitan...
PRN MELAKA: PENIAGA IDAM EKOSISTEM PERNIAGAAN LEBIH BAIK
AYER KEROH 8 Oktober - Kos operasi yang lebih terkawal, peluang perniagaan yang lebih luas dan sokongan berterusan kepada usahawan...
MeSRa: MELAKA PERKASA WANITA, KUATKAN KELUARGA, BINA KOMUNITI
AYER KEROH 8 Oktober - Pembangunan wanita bukan sekadar membuka peluang ekonomi, sebaliknya menjadi antara asas kepada pengukuhan keluarga dan...
