
Lagenda bola sepak negara Syed Ahmad Syed Abu Bakar meninggal dunia
KANGAR, 1 Jun – Pemergian legenda bola sepak negara era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menghembuskan nafas terakhir tengah hari ini akibat serangan jantung menjadi berita duka buat arena sukan negara.
Anak kepada penyerang berbisa negara itu, Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 40, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar di sini selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
“Allahyarham berusia 76 tahun dimasukkan ke wad hospital berkenaan dua hari lepas dan kesihatannya sudah merosot sejak sebulan lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Syed Abu Bakar berkata jenazah bapanya dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau hari ini.
Syed Ahmad meninggalkan seorang balu, Samihah Ghazali, 75, bersama lima cahaya mata.
Sepanjang bergelar penyerang pasukan kebangsaan, Syed Ahmad pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971, sekali gus menyaksikan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: LERAI KESESAKAN BANDAR HILIR JADI AGENDA JASMINE
BANDA HILIR 10 November - Kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan antara isu utama yang mahu ditangani calon Barisan...
PRN MELAKA: RAIS JANJI 30 PERATUS PERUNTUKAN SUNGAI UDANG UNTUK KEBAJIKAN, AKTIVITI TENTERA
SUNGAI UDANG 10 November - Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang akan dikhususkan bagi...
DUA PRN, DUA PENGALAMAN MENGUNDI SELEPAS BERSALIN
SUNGAI UDANG 10 November – Lima tahun lalu, Nurul Atikah Syuhada Zainal mengundi awal ketika masih berpantang selepas melahirkan anak...
PRN MELAKA: 817 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS LAYAK UNDI AWAL DI IPK
AYER KEROH 10 November - Seramai 817 pegawai dan anggota polis dijadual menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Ibu Pejabat...
PRN MELAKA: 9,769 WARGA TENTERA, PASANGAN LAYAK UNDI AWAL
SUNGAI UDANG 10 November - Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal...
DANA RM50 JUTA: UMNO SEDIA DIAUDIT BILA-BILA MASA
PANTAI KUNDOR 10 November – UMNO bersedia akaun kutipan sumbangan bagi melunaskan denda RM50 juta mantan Perdana Menteri, Datuk Seri...

