Lapan keluarga di Kampung Morten dijangkiti COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PENGKALAN RAMA 11 Julai – Seorang warga emas daripada lapan individu positif COVID-19 di Kampung Morten disahkan meninggal dunia, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (​JPKK) Kampung Morten Jalina Mahmood berkata, ia kematian kedua akibat COVID-19 di kampung pelancongan itu, membabitkan wanita berusia 75 tahun di Lorong Tun Mamat.

Menurutnya, mangsa mempunyai sakit tua dikesan positif COVID-19 tiga hari lalu melalui kontak rapat dengan menantunya yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di negeri ini.

“Mula-mula kes positif ini melibatkan empat ahli keluarga saja, seorang dah dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka dan tiga lagi dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC.

“Awalnya arwah dapat jangkitan daripada menantu yang bekerja di agensi kerajaan, jadi bila dia balik ke rumah wabak ni pun merebak kepada empat lagi ahli keluarganya.

“Dia dikesan positif tiga hari lalu tapi tiga orang lagi masih ada di rumah itu untuk dibawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke PKRC,” katanya kepada MHI.

Katanya, setakat hari ini lapan keluarga disahkan dijangkit wabak COVID-19 membabitkan dua kes kematian di kampung itu.

“Kampung Morten rumah rapat-rapat…itu bahaya, kerja-kerja sanitasi kampung kerap dilakukan tapi majoriti mereka ni kena (dijangkiti) di tempat kerja,” katanya lagi.

Terdahulu tular sekeping foto yang dimuat naik di media sosial mengenai kes COVID-19 di Kampung Morten hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

481
Kongsi :
Previous post Benjy sudah tiada
Next post Jabatan Kecemasan HM akan ditutup kepada pesakit tidak kritikal
Ubah saiz-+=