Sorting by

×

LEBIH 80 OPERASI HAIWAN BERKELIARAN DILAKSANA PBT

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

SERI NEGERI 13 Julai – Kerajaan Negeri memperhebatkan usaha menangani isu haiwan ternakan berkeliaran apabila lebih 80 operasi penguatkuasaan telaj dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepanjang tahun ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kesemua empat PBT sentiasa menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala termasuk mengenakan tindakan kompaun terhadap pemilik didapati ternakan mereka berkeliaran.

Dr. Muhamad Akmal berkata, selain menjalankan 10 operasi penguatkuasaan sepanjang tahun ini Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut mengeluarkan 13 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dibawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Haiwan Ternakan MBMB 2012 dan menyita tiga ekor kambing.

“Manakala dalam tempoh 2025 hingga Mei 2026 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah menjalankan 48 operasi dengan 98 ekor haiwan ternakan telah ditangkap.

“Manakala bagi aduan ternakan terbiar yang diterima pula sebanyak 98 aduan termasuk 78 daripadanya adalah pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Muhamad Akmal, bagi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pula ia merekodkan sejumlah 24 operasi penguatkuasaan terhadap haiwan ternakan berkeliaran di kawasan pentadbirannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“PBT itu turut mengeluarkan sebanyak lima Notis Peringatan Kesalahan dan satu kompaun kepada pemilik ternakan yang didapati haiwan mereka berkeliaran tanpa pengawasan.

“Tindakan dilaksanakan ini bukan bertujuan menyusahkan atau menghukum pemilik tetapi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kesejahteraan penduduk,” katanya.

Jelas beliau, sejak 2023 sebanyak 50 aduan berkaitan ternakan berkeliaran diterima dan 835 kemalangan telah direkodkan yang mana ia menunjukkan Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan lebih berkesan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

334
Kongsi :
Previous post ENAKMEN BAHARU BERKAITAN TERNAKAN BERKELIARAN PERUNTUK HUKUMAN LEBIH BERAT
Next post MELAKA PERUNTUK RM340,000 SEDIA BANTUAN KATIL PESAKIT TERLANTAR