Sorting by

×

LEBIH RM6.7 JUTA KUTIPAN CAJ WARISAN MELAKA DIMANFAATKAN UNTUK PROGRAM PELANCONGAN BERIMPAK TINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERI NEGERI 13 Julai – Sejumlah lebih RM6.7 juta peruntukan daripada Akaun Amanah Caj Warisan Negeri Melaka telah dimanfaatkan di bawah program-program pelancongan berimpak tinggi.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pada 2024, misalnya, sebanyak lima program pelancongan telah diluluskan di bawah berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM705,800.

Jelas beliau, ia membabitkan program seperti Pertandingan Treasure Hunt & Waiter Race 2024; Melaka Explorace 2024 sempena Tahun Melawat Melaka 2024; Melaka Heritage Treasure Hunt 2024 dan Melaka Heritage Festival sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-17 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

“Pada tahun 2025, Akaun Amanah Caj Warisan terus dimanfaatkan bagi membiayai pelaksanaan program-program pelancongan berimpak tinggi yang menyokong usaha memperkukuh industri pelancongan negeri.

“Antara program yang telah dilaksanakan adalah Pra Peluncuran World Tourism Day (WTD) 2025, Rentak Bertandak Antarabangsa, Dondang Sayang Negeri Melaka, Hoteylimpic 2025 di samping pelbagai program lain yang berjaya menarik penyertaan serta meningkatkan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) mengenai kutipan dan pengurusan Caj Warisan Melaka pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak memaklumkan, pada 2026 pula, beberapa program turut dirancang di bawah peruntukan Akaun Amanah Caj Warisan sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh pembangunan sektor pelancongan dan pemeliharaan warisan negeri antaranya program Festival Masakan Warisan Melaka 2026 Peringkat Negeri Melaka dan Demonstrasi Masakan Warisan Melaka 2026.
“Penganjuran program-program ini dijangka dapat memperkenalkan serta mempromosikan keunikan warisan gastronomi Melaka kepada pelancong, sekali gus memperkukuh daya tarikan negeri sebagai destinasi pelancongan warisan dan budaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

555
Kongsi :
Previous post MAIM TERUS PERKUKUH PENGURUSAN WAKAF
Next post CAJ WARISAN MELAKA DIGUNAKAN SEPENUHNYA PERKASA PELANCONGAN