‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER LIMAU 9 September – Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami serangan angin ahmar amat melegakan Norsidah Mohd Jonit, 56.

Norsidah berkata suaminya, kali pertama Sulaiman diserang angin ahmar adalah pada 2023 dan kejadian kali kedua berlaku pada 2024.

β€œDulu suami memang langsung tidak boleh menguruskan diri dan terpaksa dibantu, tetapi sekarang alhamdulillah sudah banyak berubah kerana sudah boleh mandi atau ke bilik air sendiri.

“Ketika itu hendak makan perlu menggunakan tiub, sekarang sudah macam biasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Norsidah dan suami menerima sumbangan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Ziarah Kasih Pesakit Terlantar sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Taman Wira Mas, Lubok China, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Norsidah turut meluahkan rasa syukur apabila Ketua Menteri berkesempatan menziarahi suaminya serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga mereka.

“Alhamdulillah rasa bersyukur dan gembira, memang tidak sangka rumah kami dipilih untuk diziarahi oleh Ketua Menteri, ini rezeki berganda buat kami.

“Kami sekeluarga dapat lihat sendiri keperibadian beliau (Ab Rauf) apabila berjumpa depan-depan, beliau memang periang dan mesra dengan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

388
Kongsi :
Previous post SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA