Lelaki diburu buat laporan palsu bunuh isteri

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 15 Julai – Seorang lelaki diburu pihak polis kerana bertindak membuat panggilan palsu kononnya telah membunuh isterinya sendiri di sebuah rumah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 7.30 petang semalam oleh seorang lelaki berusia 33 tahun menerusi panggilan telefon di Balai Polis Ayer Keroh.

“Apabila menerima laporan itu, sepasukan 20 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi dan siasatan yang turut melibatkan Unit Forensik di sekitar kawasan perumahan terbabit bagaimanapun mendapati tiada sebarang kes jenayah dilaporkan.

“Pihak polis memandang serius perkara ini dan kita sedang mengesan lelaki berkenaan melalui nombor telefon yang digunakan ketika membuat laporan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut ujarnya, hasil siasatan juga mendapati alamat yang diberikan juga bukan rumah lelaki yang membuat laporan namun ianya adalah milik individu lain dan tiada sebarang kes bunuh berlaku di rumah tersebut.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membuat laporan palsu, akibat dari laporan palsu ini menyebabkan pembaziran tenaga yang mana pihak polis perlu melakukan siasatan terhadap kes yang tidak berlaku.

“Pihak polis juga akan pastikan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat sebagai pengajaran kepada masyarakat,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1251
Kongsi :
Previous post Dua beranak terlibat kes khianat di CIQ Linkedua ditahan
Next post Jumpa PM bincang isu penjawat awam
Ubah saiz-+=