
LELAKI MAUT DIHEMPAP RUNTUHAN PAPAN TANDA BATU
Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat berkata pihaknya dimaklumkan kejadian menimpa Nazri Yazid, 50, pada 11.05 pagi.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditimpa runtuhan papan tanda itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Rusli berkata mayat dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Pegawai Bomba Kanan II Azizul Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 10.49 pagi.
Mangsa, bagaimanapun telah dikeluarkan daripada sisa runtuhan oleh orang awam semasa bomba tiba di lokasi pada 11.12 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
JALUR GEMILANG: KIBAR MENGIKUT TATACARA YANG BETUL
AYER KEROH 15 Ogos - Masyarakat bukan sahaja digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan malah perlu memastikan pemasangannya dibuat...
PENGALAMAN BUDAYA DI HUTAN PERCHA MEMORI INDAH BUAT PESERTA AARDO
MACHAP JAYA 15 Ogos - Aktiviti mengacau dodol, rewang sekampung, mengenakan busana Melayu dan mengenali adat perkahwinan masyarakat Melayu antara...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
