
LORI MENGUNDUR SEBABKAN KEMATIAN PENUNGGANG MOTOSIKAL, PEMANDU LORI DITAHAN
KUALA LUMPUR 24 November – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut, di Jalan Kerinchi di sini pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada sebelah petangnya di perkarangan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa pemandu lori berkenaan memberhentikan lorinya dalam sebuah kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek, apabila tiba-tiba lori itu bergerak secara mengundur dengan sendiri lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama sebelum melanggar sebuah motosikal.
“Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 32 tahun yang hilang kawalan semasa cuba mengelak lori terbabit, telah terjatuh lalu terperosok ke bawah tayar bahagian belakang sebelah kanan lori, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Zamzuri berkata sebuah kereta yang melalui kawasan itu turut dilanggar lori berkenaan, yang menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan pada bahagian dahi.
Terdahulu, tular satu video yang memaparkan sebuah lori bergerak mengundur dan melintang di tengah sebuah jalan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak lori itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
