LTDL 2026: RAIKAN SEMANGAT KESUKANAN, PROMOSI PELANCONGAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

PAYA RUMPUR 23 Julai – Perlumbaan Peringkat Ketujuh, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Melaka ke Batu Pahat, Johor pada 3 Oktober nanti bakal merancakkan lagi sektor pelancongan negeri selain pada masa yang sama menyokong dan menyuburkan semangat kesukanan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, lebih menarik apabila Melaka juga termasuk dalam laluan Perlumbaan Peringkat Kelapan iaitu dari Muar, Johor ke Putrajaya pada 4 Oktober.

Katanya, perlumbaan peringkat ketujuh akan bermula di Dataran Pahlawan yang terkenal sebagai antara lokasi tumpuan pelancongan bagi Negeri Melak kemudian melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit Senjuang, Jalan Semabok, Kandang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Serkam seterusnya ke Muar melibatkan jarak 159.1 ilometer (km).

“Bagi peringkat kelapan pula laluan melibatkan Melaka adalah Bemban, Durian Tunggal, Panchor, Alor Gajah, Simpang Ampat dan seterusnya ke Negeri Sembilan.

“Bagi meraikan semangat kesukanan dan menyokong acara bertaraf dunia ini saya meminta supaya semua pihak termasuk murid, pelajar dan semua orang Melaka untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada penunggang yang mengambil bahagian ketika perlumbaan melalui kawasan anda,” katanya.

6337013826666481026

GELAGAT orang Melaka yang bersemangat ketika memberikan sokongan kepada peserta perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat kelima di Jalan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh (Gambar hiasan). Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Peringkat Negeri Perlumbaan LTdL2026 Peringkat Ketujuh Dari Melaka Ke Batu Pahat, Johor di Pejabat Majlis Sukan Negeri Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal.

Setakat ini 20 pasukan melibatkan dua Pasukan UCI World Team, lapan pasukan UCI Proteam, sembilan pasukan UCI Continental Team dan 1 Pasukan Kebangsaan mengesahkan penyertaan pada LTdL 2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

456
Kongsi :
Previous post 80 TAHUN MELAKA FM, 80 ANAK PENYU KARAH DILEPASKAN