
MAIM peruntuk RM6.61 juta bantuan Ramadan, Syawal
LENDU 10 Mac – Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sebanyak RM6.61 juta untuk diagihkan kepada golongan memerlukan sempena Ramadan dan Syawal akan datang.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu diagihkan kepada 8,200 penerima dalam kalangan asnaf fakir dan asnaf miskin di negeri ini.
“Bantuan Ramadan, Syawal dan Fidyah merupakan salah satu bentuk bantuan zakat disediakan MAIM khusus kepada penerima asnaf fakir serta miskin pada setiap tahun.
“Bantuan diterima pada hari ini adalah hasil zakat dan fidyah diagihkan oleh pihak MAIM kepada 200 orang asnaf fakir dan 8,000 orang asnaf miskin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan dan Syawal (Zakat Fitrah) serta Pengagihan Fidyah kepada Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin MAIM di Masjid Salmah Khamis, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim dan Ahli MAIM, Dr. Mohamad Nazli Omar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
