
MAIM SALUR BANTUAN BULANAN BANTU ADIK ANGGUN CEMPAKA
PENGKALAN BATU 20 Mei – Nasib adik Anggun Cempaka Muhd Sulaiman Adam yang menghidap penyakit Hydrocephalus sejak bayi mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
MAIM menerusi Bahagian Agihan Zakat turun padang ke kediaman keluarga kanak-kanak yang sedang diuji itu bagi bertanya khabar dan melihat lebih dekat keperluan mereka.
Ibu kanak-kanak itu, Nur Asyikin Jaafar, 28 yang juga seorang ibu tunggal tidak dapat bekerja kerana perlu sentiasa berada di sisi anaknya yang memerlukan perhatian penuh.
Atas faktor itu, dia hanya mampu mengambil upah melipat baju untuk menyara kehidupan keluarga.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan dengan menyalurkan bantuan berbentuk bulanan, selain membantu keluarga itu dalam sudut pekerjaan untuk menambah pendapatan bagi membeli ubat dan perbelanjaan harian.
Pada masa sama, turut disampaikan bantuan awal berbentuk wang tunai dan kit makanan untuk meringankan beban keluarga itu.
“Terima kasih kepada pembayar zakat Negeri Melaka. Yakini usaha dan amanah yang diberikan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab amanah zakat dengan penuh integriti dan telus,” kata MAIM dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Usaha memastikan pekerja gig seperti penunggang e-hailing dan p-hailing dilindungi menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial...
RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka sudah melengkapkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
