
MAIM TERIMA SIJIL PENGHARGAAN H.E.M.A.T
AYER KEROH 6 November – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima sijil penghargaan H.E.M.A.T di atas inisiatif pembaharuan penyampaian perkhidmatan awam.
Penghargaan itu diterima pada Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka bertempat di Grand Ballroom Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, penghargaan tersebut diterima susulan pengenalan sistem MyAsnaf MAIM yang membantu kemudahan urusan dan bantuan zakat secara digital.
Terdahulu, sijil tersebut telah disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz kepada Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
2026, MPHTJ FOKUS PERKHIDMATAN KELAS PERTAMA
BANDA HILIR 22 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menjadikan 2026 sebagai tahun untuk memberikan perkhidmatan terbaik...
SAMBUTAN JUBLI INTAN REJIMEN GERAK KHAS BAKAL CIPTA SEJARAH
AYER KEROH 22 Disember - Buat julung kalinya selepas enam dekad penubuhan pasukan komando elit tentera darat, Rejimen Gerak Khas...
TERLANGGAR KABEL ELEKTRIK, PEMANDU PARAMOTOR HANYA CEDERA RINGAN
DUYONG 22 Disember - Seorang pemandu paramotor cedera rungan apabila terjatuh ke dalam sawah selepas dipercayai melanggar kabel elektrik ketika...
RM1 JUTA LONJAK PEMBANGUNAN KAMPUNG KILANG BERAPI UTARA
MERLIMAU 22 Disember - Sebanyak RM1 juta diperuntukkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi memacu pembangunan infrastruktur Kampung Kilang...
PERLU ADA RASA TANGGUNGJAWAB BANTU ORANG KAMPUNG BERJAYA
LENDU 22 Disember - Semua anak-anak kampung yang telah berjaya dalam pelbagai bidang perlu mempunyai satu tanggungjawab dan jiwa untuk...
MELAKA DESTINASI PELANCONGAN KELUARGA LESTARI 2026
AYER KEROH 22 Disember - Melaka mahu membawa imej destinasi pelancongan keluarga lestari sepanjang 2026 sempena Tahun Melawat Melaka 2.0....
