
KPPA LUANG MASA TINJAU OPERASI PERKHIDMATAN FIRST AID STATION, ZON BEBAS KENDERAAN
BANDA HILIR 6 November – Perkhidmatan First Aid Station dan Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir dipilih sebagai lokasi lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sempena lawatan kerja ke Melaka, semalam.
Lawatan itu turut dihadiri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad dan KPPA bersama delegasi disambut Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.
Pada lawatan itu Wan Ahmad Dahlan diberi taklimat berhubung operasi First Aid Station dan fungsi sukarelawan Paramedik Komuniti (PARAKOM).
Melaka menjadi negeri pertama menempatkan sukarelawan PARAKOM di lokasi tumpuan pelancongan sekitar Banda Hilir termasuk di kawasan Zon Bebas Kenderaan.
Lawatan kerja itu kemudian diteruskan ke Zon Bebas Kenderaan atau dikenali sebagai Santai @Banda Hilir yang merupakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk termasuk pengalaman melancong di Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
PEMBINAAN JAMBATAN STULANG DAENG-PULAU GADONG BERMULA SEPTEMBER
KLEBANG 19 Ogos - Kerja pembinaan Jambatan Stulang Daeng-Pulau Gadong dijangka dimulakan awal September depan, dengan proses awal pengalihan utiliti dan...
AMBANG MERDEKA SEMARAKKAN WRUR TABOH NANING
AYER KEROH 19 Ogos - Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini bakal menjadi antara pengisian menarik memeriahkan pelaksanaan Program...
