Majikan, pekerja perlu tingkatkan semula aspek KKP

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 14 Okt – Selepas hampir 10 bulan tidak dibenarkan bekerja, majikan dan pekerja pelbagai sektor perlu meningkatkan semula kualiti keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi memastikan tempat kerja selamat dan sihat untuk melindungi modal insan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bagi meningkatkan kualiti itu, kerajaan negeri mengalu-alukan pelbagai latihan mahupun program yang berkaitan KKP dianjurkan di negeri ini.

Katanya, program seumpama itu sekali gus dapat membantu pekerja mengingati semula tatacara atau garis panduan keselamatan di tempat kerja masing-masing.

SULAIMAN (tengah) bersama Ismail (kiri) dan Zailee (kanan) pada pelancaran itu.

“Saya menyambut baik program seumpama ini berikutan dalam tempoh negara menjalani Pelan Pemulihan Negara (PPN) banyak industri telah dibenarkan menjalankan operasi.

“Sudah pasti, ia memberikan ingatan yang segar kepada pekerja apabila sudah mula masuk ke pejabat mahupun di lapangan kerana mereka perlu mematuhi aspek keselamatan sebagaimana ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 (OSHMP 2025) sempena sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021 Peringkat Negeri Melaka di sini.

Hadir sama, Exco Tenaga Kerja, Datuk Wira Ismail Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Zailee Dollah.

Mengenai program berkenaan, Sulaiman berkata, lebih 800 peserta terbabit secara fizikal dan dalam talian.

“Jadi, saya harap program melalui webinar itu akan dapat dimanfaatkan sekali gus diguna pakai ketika bertugas di lapangan atau di pejabat nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

544
Kongsi :
Previous post Ambil tindakan sewajarnya isu Pulau Nangka – KM
Next post Sulaiman mahu perundangan KKP diperkemas, turun kadar kemalangan dan kematian pekerja
Ubah saiz-+=