
Malam Gema Wahyu Ikhlas dekati golongan memerlukan
BANDA HILIR 3 April – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meraikan anak-anak tahfiz dan golongan asnaf di negeri ini pada Malam Gema Wahyu Ikhlas di Pavilion Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), di sini, semalam.
Bersempena bulan Ramadan, program itu dianjurkan bagi mengenali lebih rapat golongan memerlukan di negeri ini agar tidak dipinggirkan.
Program mendapat kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka dan Takaful Malaysia itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim serta turut dihadiri Pengurus BesarBPP Melaka, Sa’ari Basiron.
Lebih menarik program itu diserikan dengan alunan bacaan haflah al-Quran daripada qari jemputan iaitu Ustaz Amirahman Abas dan Ustaz Aiman Ridhwan.
Pada program itu, Badaruddin turut menyerahkan sumbangan kepada 97 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) yang berdaftar di bawah JAIM dengan jumlah keseluruhan bernilai RM306,000.
Tidak ketinggakan Takaful Ikhlas juga turut menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf bagi membantu dan menggembirakan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELANJAWAN 2027: MELAKA BAKAL MILIKI PUSAT PERMATA KURNIA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka antara dua negeri dipilih untuk pembinaan Pusat Permata Kurnia baharu yang menyediakan pendidikan, sokongan...
BELANJAWAN 2027: RM935 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELANCONGAN DAN BUDAYA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi sektor pelancongan dan budaya menerusi Belanjawan 2027 susulan keputusan kerajaan...
BELANJAWAN 2027: MELAKA NEGERI TUMPUAN PELABURAN, PEMBANGUNAN BAKAT
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka dipilih sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence....
BELANJAWAN 2027: SUNGAI RAMBAI BAKAL MILIKI BALAI POLIS BAHARU
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sungai Rambai, Melaka antara tiga lokasi yang dikenal pasti bagi pembinaan balai polis baharu menerusi...
BELANJAWAN 2027: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN NAIK RM200, PELAJAR TINGKATAN 6 DAPAT ELAUN RM2,500
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan...
KEHIDUPAN ANAK KAMPUNG CETUS ILHAM KAMPUNG DIGITAL
TANJUNG BIDARA 9 Oktober - Pengalaman membesar di kampung dan berdepan sistem alamat yang dikongsi ribuan penduduk, mencetuskan idea Ketua...
