
Mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 32 orang
ALOR GAJAH 14 Ogos – Mangsa banjir di daerah Alor Gajah kini menurun kepada 32 orang setakat jam 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu membabitkan 11 keluarga yang ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini.
Dua PPS itu adalah Balai Raya Seri Jeram dan Dewan Japerun Ayer Limau.
“Setakat jam 8 pagi, seramai 21 mangsa ditempatkan di Dewan Japerun Ayer Limau, manakala 11 lagi ditempatkan di Balai Raya Seri Jeram.
“Jumlah itu menurun berbanding 48 mangsa pada malam tadi,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan sama, setakat ini masih terdapat lapan kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Seri Jeram, Kampung Teluk Berembang, Kampung Titian Bintangor dan Kampung Pengkalan Pauh.
Ia turut membabitkan Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Taman Desa Bayu dan Felcra Ayer Molek.
“Pemantauan berterusan akan terus dilakukan semua agensi terlibat sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa: PERPADUAN TAK TERBINA SEHARI, MELAKA SEMAI SETIAP HARI
AYER KEROH 13 Oktober - Penghayatan Rukun Negara, pengukuhan hubungan kejiranan dan penyuburan semangat patriotisme menjadi antara pendekatan Kerajaan Negeri...
MELAKA BILA LARUT MALAM: IDEA RM10, KINI JADI TARIKAN JUTAAN RINGGIT
AYER KEROH 13 Oktober - Bermula dengan idea membuka pintu produk pelancongan selepas jam 11 malam pada harga serendah RM10,...
MeSRa: MELAKA SALUR JUTAAN RINGGIT BELA NELAYAN, JAGA PETANI DAN PESAWAH
AYER KEROH 13 Oktober - Kerajaan Negeri memperkukuh kebajikan komuniti nelayan, petani dan pekebun kecil menerusi pelbagai inisiatif bantuan kewangan,...
RTB SUNGAI RAMBAI BAKAL NOKTAHKAN RISIKO BANJIR, BERI MANFAT KEPADA 30,000 PENDUDUK
SUNGAI RAMBAI 13 Oktober - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada...
MAIM PERSIAP ANAK ASNAF TEMPUH ALAM KERJAYA
BUKIT KATIL 13 Oktober - Anak asnaf yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi perlu memanfaatkan tempoh pembelajaran untuk membina...
IPU TIDAK SIHAT: SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP LAGI ESOK
AYER KEROH 13 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)...
