
Festival Pengantin meriahkan TMM2024
BANDA HILIR 13 Ogos – Bakal raja sehari boleh singgah ke Festival Pengantin untuk meninjau pelbagai perkhidmatan dan tawaran menarik daripada 26 vendor yang mengambil bahagian.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Saβari Basiron berkata, festival berkenaan mula dibuka kepada pengunjung mulaiΒ hari hingga 18 Oktober depan dan berlangsung di pusat beli-belah Mahkota Parade.
Menurutnya, festival dengan tema Tradisional Kontemporari itu adalah antara pengisian untuk menggamit lebih ramai pengunjung dan pelancong ke negeri ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
βFestival ini menggabungkan elemen istiadat perkahwinan tradisional dan moden dilihat mampu memartabatkan kekayaan seni budaya serta adat resam pelbagai bangsa di Malaysia.
βSyarikat mengambil bahagian ini menawarkan perkhidmatan perancang perkahwinan, dewan pengantin, katering, jurugambar, βdoorgiftβ, hotel, pakej percutian, spa pengantin dan ejen perumahan.
βPelbagai promosi dan diskaun menarik ditawarkan kepada bakal-bakal pengantin, harganya jauh lebih kompetitif,β katanya ketika berucap mewakili Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin, pada festival berkenaan.
Beliau berkata, Festival Pengantin yang diadakan merupakan antara penganjuran direncanakan dalam kalendar pelancongan negeri bagi menyemarakkan lagi sambutan TMM2024.
βSebanyak 105 acara pelancongan termasuk 30 acara pelancongan utama telah disusun sepanjang tahun 2024 yang pasti bakal menarik lebih ramai lagi pelancong ke Melaka,β katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


