
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember – Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang di sini semalam, disyaki warga asing susulan tiada tanda suntikan BCG pada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Hospital Serdang hari ini turut mendapati tiada kecederaan lain pada badan mangsa kecuali patah di bahagian hidung.
“Mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dengan ketinggian 155 sentimeter dan berat 45 kilogram, berpakaian baju dan seluar pendek floral warna hijau serta cincin perak di jari kanan.
“Mayat juga dalam keadaan lengkap anggota badan dan punca kematian tidak dapat dipastikan serta menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta hadir membuat pengecaman berdasarkan barang bukti yang ditemui bersama mangsa di Hospital Sedang atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.
Semalam, media melaporkan mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam bagasi oleh orang awam kira-kira 11.45 pagi dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM1 JUTA BINA BAHARU, BAIK PULIH RUMAH RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 7 Julai - Sejumlah lebih RM1 juta diperuntukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bagi projek bina...
MELAKA SASAR LEBIH 38,440 UNIT RUMAH MAMPU MILIK
SERI NEGERI 7 Julai – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda perumahan rakyat dengan menyasarkan pembinaan lebih 38,440 unit Rumah Mampu...
RUMAH KOS RENDAH, MAMPU MILIK DIBINA DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 7 Julai - Sebanyak 903 unit kediaman akan dibangunkan di atas tanah seluas 26.5 hektar di Mukim Durian...
MPHTJ ANJUR DUA PROGRAM KOMUNITI TANGANI DENGGI DAN HAIWAN TERBIAR
BEMBAN 7 Julai - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan melaksanakan dua program komuniti membabitkan Kempen Pencegahan Denggi dan...
SUKAN MELAKA 2026 PENTAS GILAP PERMATA SUKAN NEGERI
AYER KEROH 7 Julai – Sukan Melaka 2026 bukan sekadar medan pertandingan, malah ia menjadi platform mencungkil bakat atlet baharu...
LEBIH 3,000 HELMET EKSKLUSIF MENANTI PESERTA FESTIVAL ANAK MUDA MELAKA
TANJUNG BIDARA 7 Julai - Seramai 3,000 peserta bertuah Festival Anak Muda Melaka bakal membawa pulang helmet edisi khas bercorakkan...
