
MBMB calonkan dua tandas bertanding ASEAN Tourism Awards 2022
BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencalonkan dua tandas awam di bawah pentadbirannya untuk bersaing dalam ASEAN Tourism Awards 2022.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, dua tandas tersebut ialah Tandas Awam Dataran Bandaraya MBMB dan Tandas Stesen Minyak Petron Stadium Hang Jebat (kategori swasta).
Katanya, kedua-dua tandas itu akan bersaing bersama 15 lagi lokasi tandas lain yang dicalonkan di seluruh negara dalam kategori Public Toilet Standard.
“Hari ini (24 Mei) MBMB telah menerima lawatan panel audit ASEAN Tourism Awards 2022 – Kategori Tandas Awam.
“Untuk makluman sebanyak 15 lokasi telah dicalonkan di seluruh Malaysia.
“Antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah memenuhi reka bentuk dan sistem pengurusan alam sekitar, kelengkapan dan kemudahan peralatan tandas, kebersihan dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan sekretariat bagi kategori berkenaan yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia akan mengumumkan keputusan pemenang pada September depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
