
MBMB pantau kebersihan tandas awam milik swasta
AYER KEROH 14 Januari – Penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap tandas awam di bawah kendalian pihak swasta bagi memastikan kebersihan kemudahan awam itu diutamakan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata pemantauan secara berkala dilakukan terhadap tandas awam dikendalikan syarikat swasta di kawasan tumpuan pengunjung.
Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya pihaknya mendapati kemudahan awam itu tidak dijaga dengan baik demi keselesaan pengunjung yang datang ke Melaka.
βBanyak tandas awam di bawah kendalian MBMB sedang dibaiki dan dinaik taraf seperti di Jalan Merdeka, Taman Bunga Merdeka dan Pantai Kundor.
βItu memang menjadi sasaran (menaik taraf tandas awam) kita. Bukan itu sahaja malah kita turut menjalankan penguatkuasaan terutama di pusat membeli-belah dan stesen minyak.
βKita akan buat penguatkuasaan bagi melihat tahap kebersihan tandas dan sekiranya tidak memuaskan hati, kita boleh mengenakan kompaun terhadap syarikat pengendali terbabit,β katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
