
MBMB siasat punca lambakan ikan mati di Sungai Melaka
AYER KEROH 23 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang menyiasat punca lambakan ikan mati terapung di Sungai Melaka.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara terbabit pada tengah hari tadi dan sedang menyiasat perkara berkenaan bersama agensi terlibat.
“Aduan tentang perkara itu telah diterima dan kini ia telah di bawa ke peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka bagi mendapatkan siasatan lanjut.
“Kita akan memaklumkan apa punca lambakan ikan mati di Sungai Melaka yang mungkin dipercayai daripada aktiviti pencemaran atau perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Terdahulu, beberapa ciapan gambar dan video memamparkan lambakan ikan bersaiz kecil mati terapung dipercayai ditemui di Sungai Melaka ditularkan di media sosial Twitter, hari ini.
Ciapan yang dikongsikan seorang pengguna laman itu pada malam tadi menerima reaksi pelbagai pengguna laman terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR BUDAYAKAN SUKAN, LEBIH 30 AKTIVITI DITAWARKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Lebih 30 aktiviti sukan dan rekreasi ditawarkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat...
280 USAHAWAN COKLAT NEGARA RAIH JUALAN RM18.2 JUTA
BANDA HILIR 18 Oktober - Seramai 280 usahawan coklat di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan nilai jualan produk...
MELAKA TUBUH KOPERASI BANTU USAHAWAN MUALAF BERSINAR
BANDARAYA MELAKA 18 Oktober - Penubuhan Koperasi Mualaf Melaka Berhad dijangka membuka ruang lebih luas kepada usahawan mualaf untuk memperkukuh...
PRN MELAKA: BN BAWA MISI 4-0 DI PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 18 Oktober - Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu akan memastikan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di keempat-empat kawasan...
AB RAUF MAHU LAHIRKAN PELAPIS KEPIMPINAN MUDA UMNO
SUNGAI UDANG 18 Oktober – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berazam membimbing dan membentuk...
BN TEKAD KUASAI EMPAT DUN PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 18 Oktober – Barisan Nasional (BN) Melaka bertekad menguasai kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen...
