Rumah terbuka Aidilfitri untuk perpaduan kaum

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA RUMPUT 23 April – Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri jelas menggambarkan keharmonian serta perpaduan kaum pelbagai bangsa berkonsepkan Malaysia Madani.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata kehadiran pelbagai kaum itu sekali gus membuktikan semangat Malaysia Madani dapat diterapkan oleh rakyat.

“Rumah terbuka memang untuk perpaduan kaum, dengan semangat Malaysia Madani yang diterapkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, saya yakin ini landasan terbaik untuk penyatuan rakyat.

“Ini rumah terbuka Exco pertama di Melaka dan saya menjangkakan sambutan program yang sama turut meriah anjuran Exco atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) yang lain menerusi pendekatan Kerajaan Madani di negeri ini.

“Saya bersyukur dapat meraikan semua yang hadir, ini bukan sahaja untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, malah dari seluruh negeri yang mendapat kerjasama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di Kompleks Sukan Komuniti Krubong di sini, hari ini.

Turut menyerikan majlis tersebut Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

01335002-F2CD-4A39-BDCC-76FEEA674FCF
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin mengadakan sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka. Foto: MR. AZLI

Menurut Rais kira-kira 10,000 tetamu yang bakal hadir ke majlis rumah terbuka berkenaan bermula jam 10 pagi tadi hingga 4 petang ini.

“Saya dapat lihat komposisi kaum yang hadir rumah terbuka ini 30 peratus daripada kaum Cina, tujuh peratus kaum India dan selebihnya kaum Melayu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1173
Kongsi :
Previous post Penjual lemang pukul pelanggan ditahan bantu siasatan
Next post MBMB siasat punca lambakan ikan mati di Sungai Melaka
Ubah saiz-+=