Sorting by

×

MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

KLEBANG 16 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah dan Ulang Tahun Ke-22 MBMB.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, antara insentif ditawarkan adalah pengurangan bayaran sehingga 80 peratus bagi semua jenis kompaun MBMB, kes yang membabitkan status saman, tindakan Mahkamah, enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan.

“Sementara itu pengurangan sebanyak 50 peratus pula diberikan bagi caj perkhidmatan dan cukai taksiran harta, namun tunggakan cukai taksiran harta perlu diselesaikan sepenuhnya.

“Seterusnya pengurangan 30 peratus juga diberikan kepada tunggakan sewa gerai, pasar atau lot niaga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-22 MBMB dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Masjid Al-Aminin, Batang Tiga, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, Setiausaha MBMB Muhammad Firdaus Shariff dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Katanya, insentif itu turut melibatkan proses tukar nama atau pemilik harta secara percuma dan tawaran diberikan adalah bagi tempoh sebulan bermula dari 15 April hingga 15 Mei depan.

“Pembayaran ini boleh dilakukan di kaunter bayaran MBMB, kios layan diri atau kaunter pandu lalu. Malah pembayaran juga boleh dibuat secara dalam dalam talian termasuk menggunakan laman web epenilaian.mbmb.gov.my.

“Justeru pelanggan MBMB yang terlibat dan layak diminta untuk merebut peluang ini bagi melunaskan kompaun, caj perkhidmatan mahupun tunggakan sewa, ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Terdahulu, pada majlis kesyukuran itu turut berlangsung penyampaian sumbangan kepada 209 pelajar tahfiz termasuk sumbangan kepada Masjid Al-Aminin, Sekolah Rendah Arab JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka) Batang Tiga dan Pondok Darul Ulum Alarabiyyah Al Arabiyyah yang disampaikan Tun Dr. Mohd Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

740
Kongsi :
Previous post POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
Next post MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI