Sorting by

×

MBMB tidak kompromi isu peniaga ‘cop’ parkir

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 Februari – Peniaga yang ‘cop’ parkir dengan meletakkan barangan jualan di lokasi tumpuan pelancong akan dikenakan tindakan tegas.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, perbuatan menghalang petak parkir itu hanya menyusahkan pengunjung untuk meninggalkan kenderaan masing-masing di tempat yang betul dan sepatutnya.

Susulan itu Shadan berjumpa wakil peniaga di Pantai Klebang, Sabtu lalu dan memberikan peringatan agar mereka tidak mengulangi perbuatan sama.

“Ketika melakukan tinjauan memang benar berlaku insiden cop parkir. Perbuatan ini hanya menyusahkan pengunjung yang datang untuk bersantai.

“Kami di pihak MBMB, selepas peringatan demi peringatan diberikan, jika peniaga masih berdegil kami akan mengambil tindakan lebih tegas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Nota Serahan Tugas Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kepada Datin Sapiah di Kompleks Melaka Mall, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.

Bagi memastikan permasalahan itu tidak berulang Shadan akan lebih kerap turun padang untuk melakukan pemeriksaan di lokasi tumpuan pelancong dalam kawasan pentadbiran MBMB.

“Menjelang Tahun Melawat Melaka 2024, kami akan pastikan masalah di lokasi tumpuan pelancong ini dapat diselesaikan. Tidak ada lagi isu seperti cop parkir, tidak ada kompromi kerana kami mahu selesaikan masalah ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2302
Kongsi :
Previous post Guna helikopter bantu kesan komando hilang
Next post Belanjawan 2023 ambil kira cabaran ekonomi semasa – PM Anwar
Ubah saiz-+=