
Guna helikopter bantu kesan komando hilang
Siti Salehah
TELOK MAS 8 Februari – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota komando yang dikhuatiri lemas ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Undan yang disambung semula pagi ini turut dibantu sembilan aset udara.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka/Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, antara aset terbabit adalah helikopter AS365 N3 Dauphin dari Stesen Udara Maritim Malaysia Subang dan pesawat jenis King Air.
Iskandar berkata keluasan sektor pencarian untuk SAR hari ini juga ditingkatkan kepada 1,040 kilometer persegi.
“Operasi hari kedua diteruskan pada jam 8 pagi tadi, selain Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah dibuka di Pulau Besar.
“Selain aset udara kami turut menggunakan bot milik pelbagai agensi sepanjang SAR dilakukan,” katanya.
Menurutnya antara agensi terbabit dalam SAR adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
