Melaka antara terawal jalani MOVAK – KM

Masa Membaca:51 Saat

KUALAU SUNGAI BARU 17 Julai – Melaka merupakan antara negeri terawal menerima inisiatif Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Melaka menyambut baik insiatif kerajaan pusat menjadikan Melaka selepas Johor menerima manfaat terbabit bagi meningkatkan penerima vaksin di negara ini.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi merupakan destinasi pertama MOVAK dijalankan di Melaka dan hari ini merupakan hari ketiga penganjurannya dengan jangkaan kira-kira 300 penduduk menerima suntikan setiap hari.

“Perjalanan MOVAK di Melaka telah pun dirangka dan kita akan menyasarkan di setiap kawasan DUN di negeri ini terutama di Asahan, Machap dan DUN yang lain akan menerima manfaat sama dari inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi lawatan kerja Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Program Outreach dan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kompleks Japerun Kuala Linggi, di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Wira Ar Ismail Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

632
Kongsi :
Previous post Cacat bukan penghalang bertani
Next post Kes serius tunjuk penurunan dengan pemberian vaksin – PM
Ubah saiz-+=