Melaka Bebas Berniaga diteruskan tahun depan jika diberi mandat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MASJID TANAH 24 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali memberi jaminan akan meneruskan inisiatif Melaka Bebas Berniaga pada tahun hadapan sekiranya diberi mandat sekali lagi.

Beliau berkata, pelbagai perancangan demi kesejahteraan telah dirangka sebelum ini, namun ia tergendala susulan kekecohan politik yang berlaku di negeri ini yang memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Hasrat saya untuk membantu lagi peniaga- peniaga, selagi COVID-19 ini belum berkahir, maka niat dan hasrat untuk sambung (Melaka Bebas Berniaga) sampai tahun hadapan.

“Banyak rancangan-rancangan menjurus kepada rakyat tidak dapat saya laksanakan, tidak dapat bentangkan akibat berlaku kekecohan politik membuatkan DUN terpaksa dibubarkan.

“Insya-Allah kalau saya diberi peluang, lebih banyak perkara-perkara menyentuh kepada rakyat akan saya berikan perhatian selagi COVID-19 belum berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas penyampaian Bantuan MAIM (Al-Ma’niah Al Amal) anjuran Persatuan Peniaga dan Pengusaha Kecil Melayu Negeri Melaka di Kampung Pulau, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Terdahulu, seramai 296 penerima membabitkan peniaga dan penjaja kecil di Masjid Tanah menerima bantuan sebanyak RM350.

Peruntukan yang melibatkan nilai RM103,600 itu bagi tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung para peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik COVID-19 .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

596
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: Ahli UMNO mampu biasakan SOP baharu
Next post Prospek cerah industri automatif di Melaka – Azmin
Ubah saiz-+=