
Melaka capai lebih 90 peratus vaksinasi dewasa hari ini – Rahmad
AYER KEROH 8 Okt – Melaka dijangka mencapai lebih 90 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa hari ini.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat semalam sebanyak 89.8 peratus individu direkodkan telah lengkap vaksinasi.
“Semalam dos kedua bagi individu dewasa sudah mencapai 89.8 peratus, insya-Allah hari ini kita jangkakan kadar itu meningkat lebih daripada 90 peratus.
“Daripada peratusan itu ia membabitkan seramai 608,028 individu dewasa yang lengkap vaksinasi,” katanya kepada MHI.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) diguna pakai di negeri kekal seperti sedia ada dan sebarang perubahan bergantung kepada perubahan fasa Pelan Pemulihan Negara.
Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad dilapor berkata Melaka akan mencapai kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa semalam dengan berbaki 0.49 peratus yang belum divaksin.
Katanya, setakat pagi semalam 89.51 peratus daripada 677,400 populasi dewasa di Melaka sudah divaksin.
Bagi kadar vaksinasi keseluruhan negeri pula mencapai 65.01 peratus daripada 932,700 populasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
